Friday, 6 December 2013

Menerima Kehilangan

Akhirnya aku menerima kehilangan ini. It nice. Sometime time is the best way to forget it. Do you believe it? I believe. Lets together we build our life. Aku tak pernah menyesal sebab aku dah  ditakdirkan jalan ini. :)

Tuesday, 3 December 2013

Wordlessday.


Balas permainan ngok ngek!

1. Bekas kekasih saya adalah :
2. Saya sedang mendengar :
3. Mungkin saya patut :
4. Saya suka :
5.Sahabat-sahabat baik saya :
6.Saya tak paham :
7.Saya kehilangan :
8.Ramai yang berkata :
9.Makna nama saya :
10.Cinta itu adalah :  

Gembira

Perkara mengembirakan aku esok aku akan akhiri zaman penderitaaan. Aku bukan kena derala tapi esok last x-am aku calon pertama dalam peperiksaan. Aku calon ke 16. Gembira sebab akan berakhir  selepas itu aku nak cakap kat sini aku gembira sangat haha.. tapi aku tak berani nak janji sebab segala keputusan aku akhiri dengan tawakal dan redha. Menerima qadak dan qadar rukun iman yang ke -6 ...

Wanita macam aku boleh !! Bak kata Muhayyadin menteri kita dalam persidangan UMNO wanita tunggak belakang UMNO. Haaa semangat aku nak cita aku boleh! Relax Mutiara Apapun...

La haula wala quwwata illa billah
(Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)
Ya Allah pinjamkanlah mut ketenangan sementara untuk esok Ya Allah sebenarnya mut gementar sangat
Amiin... 
p/s: Selamat teruskan perjuangan titisan terakhir keh keh
 

Monday, 2 December 2013

Suka tak semestinya cinta

 Ya Allah Alhamdulilah Ya Allah :)


Hari ini berat sangat kepala aku banyak sangat perkara yang aku fikir. Bibirku tak henti berzikir. Ya Allah Alhamdulilah ringanlah Ya Allah aku tak mampu ucap apa-apa. Apa-apa pun Alhamdulilah. Aku suka belajar sesuatu hinggakan aku sanggup korbankan diri aku untuk mengejar sesuatu iaitu cinta kepada Allah. Aku suka Muhammad kamu tahu siapa Muhammad. Dia nabi kami nabi saya juga :) aku bangga memiliki nabi yang tabah kuat dan banyak pengorbanannya terhadap hambaNya. 

Inilah suka yang tak pernah buat aku rasa kecewa aku sayang hubungan ini aku sayang dua - dua cinta suka agama dan keluarga aku sayang dua - dua. Jangan buat aku mati lagi. Ya Allah aku tak kehilangan dua-dua ini peliharalah aku ya Allah.

p/s: Cinta tak semestinya suka.. baru terima khabar anak tikus aku tumbuh bulu..hihi ...subhanallah 33x

Sunday, 1 December 2013

Pasal diri sendiri

Malas sebenarnya cerita pasal diri sendiri tapi tak pe dari aku tulis pasal orang lain yang bukan siapa-siapa dekat aku baik aku cerita kisah aku sendiri.

Alhamdulilah kalau ikut tahun islam tahun ini aku berumur 23 tahun tapi kalau ikut kelender roman aku 22 tahun. Subhanallah aku hidup lama rupanya ya Allah semoga amalan aku diterima oleh Allah semasa di akhirat nanti. Okey umur 23 tahun ini aku na kenalkan diri aku nama aku mutiara hihi nama full ?? hmm Mutiara Binti Megat. atau cik mutmut atau nama orang asli aku wak ruser. Lupa nak bagi tau aku berbangsa orang asli suku kaum semai aku fasih berbahasa peribumi haa... bangga kot. amek apak eng hok jen.
Masa kecik diusia 7 tahun dulu haha....
Aku kurus orangnya tinggi 152 see aku pendekkan tapi cita-cita aku besar aku nak jadi Professor Bahasa. In sha Allah aku sedang usahakan. Doakan aku tau. Aku suka dengar muzik, membaca buku, cooking, berkebun, bersukan, lepak ngan family dan kawan-kawan yang halal buat aku, outing,  dengar tazkirah, hiking, travel , belajar dan teroka dunia baru.  n shoot pict. Benda yang buat aku suka ialah travel tempat orang wah aku suka nak-nak berbasikal di kawasan hutan. Perghh memang lasakla..

Diusia 23 tahun aku nak minta ampun dekat mak dan abah aku minta maaf sangat kalau selama ini aku menguris perasan dorang. Ampunkan aku aku selalu doa semoga aku menjadi anak yang solehah dan baik untuk mereka. Kita mana tahu kan mungkin kesalahan kita kecil tapi besar bagi dorang kan..

Cinta? Setakat ini benda inilah aku nak elak. Aku tahu aku belum kuat  untuk bercinta. Aku belum bersedia untuk bercinta sebab aku ada impian yang aku nak capai. Aku tak nak terima cinta sebab aku tak nak beri harapan palsu  pada diri sendiri dan menyakitkan hati orang lain. Sebab aku dah rasa. Baikkan aku kalau aku kejam kesian nanti kat orang lain. Nasib  baik aku masih ada iman di hati ;)

Alhamdulilah kini aku mahasiswi.
Setakat ini aku single it doesnt mean aku bebas berkawan dengan siapa- siapa. Aku tahu aku perempuan aku jaga batas pergaulan aku diri aku berharga sekali aku anak dara orang aku tak nak lukakan orang yang melahirkan aku. Aku kawan juga dengan kawan- kawan lelaki tapi aku xnak rapat sangat sebab aku tak nak perasaan jatuh cinta dengan sahabat sendiri. Perempuan dan lelaki tak boleh jadi sahabat baik. Doakan aku tau jadi ibu yang baik yang mampu mendidik agama dan dunia dekat orang yang buat aku gembira.

p/s: Farhan kau betula kaulah yang didik aku supaya banyak kawan ngan hawa akhirnya aku okey :)




Gadis Bodoh

Dari jauh dia masih setia dengan buku dan pen. Nampak sibuk memanjang. Dah dekat last sem pon dia sibuk lagi. Tak pernah penat ke dia. Balik kampung nanti sudah tentu tak nampak dia lagi. Bodohla dia kenapalah dia sibuk sangat kenapalah dia tak perasan dunia sedang memerhati dia tapi dia seperti tiada perasaan.
Akulah yang kau kutuk tu.

Aku tak berani na tanya dia lebih - lebih tapi kawan - kawan dia cakap dia susah nak rapat dengan orang. Boleh je kalau nak bergurau dengan dia sembang hal biasa- biasa tapi untuk jadi teman paling rapat susah jugaklah untuk diiktiraf. Kenapa ek? Unikla kau dahla nama pelik perangai pon ntah pape.

Kalaulah aku dapat jadi kawan rapat dia aku akan jaga dia baik-baik. Aku pegang dia asal dia tak jatuh lagi. Tapi angan-angan je tu. Aku pasti aku tak dapat dia sebab aku tahu dialah Gadis Bodoh tu. Gadis bodoh yang sibukkan diri untuk mencapai impian." Sengaja sibukkan diri kerana tidak mahu serik lagi".

p/s: Gadis bodoh kalau kau berjaya nanti jangan lupa aku tau aku tau kau baik :)