Sunday, 1 December 2013

Pasal diri sendiri

Malas sebenarnya cerita pasal diri sendiri tapi tak pe dari aku tulis pasal orang lain yang bukan siapa-siapa dekat aku baik aku cerita kisah aku sendiri.

Alhamdulilah kalau ikut tahun islam tahun ini aku berumur 23 tahun tapi kalau ikut kelender roman aku 22 tahun. Subhanallah aku hidup lama rupanya ya Allah semoga amalan aku diterima oleh Allah semasa di akhirat nanti. Okey umur 23 tahun ini aku na kenalkan diri aku nama aku mutiara hihi nama full ?? hmm Mutiara Binti Megat. atau cik mutmut atau nama orang asli aku wak ruser. Lupa nak bagi tau aku berbangsa orang asli suku kaum semai aku fasih berbahasa peribumi haa... bangga kot. amek apak eng hok jen.
Masa kecik diusia 7 tahun dulu haha....
Aku kurus orangnya tinggi 152 see aku pendekkan tapi cita-cita aku besar aku nak jadi Professor Bahasa. In sha Allah aku sedang usahakan. Doakan aku tau. Aku suka dengar muzik, membaca buku, cooking, berkebun, bersukan, lepak ngan family dan kawan-kawan yang halal buat aku, outing,  dengar tazkirah, hiking, travel , belajar dan teroka dunia baru.  n shoot pict. Benda yang buat aku suka ialah travel tempat orang wah aku suka nak-nak berbasikal di kawasan hutan. Perghh memang lasakla..

Diusia 23 tahun aku nak minta ampun dekat mak dan abah aku minta maaf sangat kalau selama ini aku menguris perasan dorang. Ampunkan aku aku selalu doa semoga aku menjadi anak yang solehah dan baik untuk mereka. Kita mana tahu kan mungkin kesalahan kita kecil tapi besar bagi dorang kan..

Cinta? Setakat ini benda inilah aku nak elak. Aku tahu aku belum kuat  untuk bercinta. Aku belum bersedia untuk bercinta sebab aku ada impian yang aku nak capai. Aku tak nak terima cinta sebab aku tak nak beri harapan palsu  pada diri sendiri dan menyakitkan hati orang lain. Sebab aku dah rasa. Baikkan aku kalau aku kejam kesian nanti kat orang lain. Nasib  baik aku masih ada iman di hati ;)

Alhamdulilah kini aku mahasiswi.
Setakat ini aku single it doesnt mean aku bebas berkawan dengan siapa- siapa. Aku tahu aku perempuan aku jaga batas pergaulan aku diri aku berharga sekali aku anak dara orang aku tak nak lukakan orang yang melahirkan aku. Aku kawan juga dengan kawan- kawan lelaki tapi aku xnak rapat sangat sebab aku tak nak perasaan jatuh cinta dengan sahabat sendiri. Perempuan dan lelaki tak boleh jadi sahabat baik. Doakan aku tau jadi ibu yang baik yang mampu mendidik agama dan dunia dekat orang yang buat aku gembira.

p/s: Farhan kau betula kaulah yang didik aku supaya banyak kawan ngan hawa akhirnya aku okey :)




No comments:

Post a Comment