Saturday, 30 March 2013

PUTUS CINTA ?... urus secara bijak..

Entry kali ini pasal putus cinta. Mut rasa mut bukanlah berpengalaman luas sangat nak bincang bab ini tapi mut sebagai perunding cinta  (chewah!) mut perlu kongsi benda ini. Parah kalau diri kita tidak pandai mengurus diri sendiri.  Dalam bahasa kedua kita (manage our life). Bahananya kalau kita tidak kuat iman kita mungkin boleh bunuh diri. Jangan berani main cinta...

"Berani bercinta, berani putus cinta"
-sumber majalah wanita-

Tiada faedah  mempersoalkan kejadian yang telah berlaku
Ada pepatah mengatakan bercinta selepas nikah sangat manis. Sebagai perunding saya bersetuju secara asasnya cinta juga kan. HAHA. ok serius2 sebab topik ini melibatkan jiwa yang sengsara. ;) siapa kata lepas nikah pun tiada konflik?? Semestinya dugaan itu ada di mana-mana  . Tapi lagi mencabar ingat tu. Cinta ditolak pun boleh wujud jurang.. Disini sebagai pakar perunding cinta ehem ehem mut na kongsi tips yang mungkin dapat membantu anda sekalian mengurus masalah putus cinta secara bijak.

1) Cari kekuatan hati
Orang yang tidak pernah rasa apa yang anda rasa sekarang ini selalu persoal " Untuk apa sakit hati kalau tiada jodoh?" betul juga kan tapi tidak mengapa berbalik pada asas dimana? siapa? pencipta kita disitu kita perlu bermula dan tanam azam. cakap senangla ace kena sekali..

 "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” 
- Surah Al-Baqarah Ayat 216-

Memang putus cinta boleh dikatakan  antara detik hitam yang sukar dilupakan selain daripada masalah kena marah dengan keluarga (mut?? haha mak selalu marah mut sebab selalu lupa tutup air), masalah perniagaan dan masalah dengan kawan - kawan. Betul?? Jangan khuatir jangan risau.. Ingat setiap surah yang terkandung dalam Al - Quran  pada hari ini sebenarnya JANJI ALLAH  kepada kita hari ini.

 "Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri dan jika Dia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Dia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
- Surah Al An’am, Ayat 17-

Bagaimana Allah menunaikan janjinya? dan persoalannya di sini bagaimana Allah menghapus kesedihan? lakukannya secara simple aiyak! simple dalam bm ape ye merujuk kamus persuratan Melayu simple adalah ringkas.  Jangan pening - pening deh. (Haha kami memang pencinta bahasa Melayu). Dia mendatangkan ilham  kepada hati  dengan membisikan kebaikan supaya hati   berubah haluan  menuju  cahaya yang ditujukan oleh- Nya. ;)
Tanda anda tidak menyimpan dendam  adalah mengakhiri hubungan kekasih itu  dengan persahabatan.

2) Jangan cari kambing hitam
Mut tertarik dengan kata - kata ini :) " Biar putus cinta  asal tidak putus iman. Iman boleh tergugat  jika anda masih menyimpan dendam".  Jadi sekarang ini jangan bertindak mengikut emosi. Memanglah sakit tapi sampai bila nak berdendam. Kan?? Sebagai pakar cinta, disarankan  jangan sesekali menunding jari  kepada sesiapa yang anda anggap bersalah kerana anda tidak akan  pernah puas lempiaskan  kemarahan  yang sengaja ditiupkan  syaitan. Bagi mutlakan.. marah anda  pada keadaan itu  sebenarnya menunjukkan  marah anda kepada qada dan qadar Allah swt.

" (Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan."
-Surah An Nahl ayat 96-

Cukup setakat ini sahaja entry mut sumber rajin- rajinlah baca majalah wanita (HAHA!)

P/S: Jangan sedih k.. sebenarnyakan kalau fikir secara positif putus cinta itu  boleh membangkitkan semangat baru! gambate!


No comments:

Post a Comment