Sunday, 1 December 2013

Orang Muda dan Politik

"Luka lama berdarah kembali"

Malaysia negara yang unik.
Aku tak sokong mana-mana politik. Tapi kalau difikirkan balik bangsa akulah yang paling mundur maksud aku sesetengah. Kadang-kadang aku terfikir juga apa akan terjadi pada bangsa aku 50 tahun akan datang sedangkan pada masa ini mereka selesa dengan hutan dan selesa kerja - kerja kampung. 

Aku bukan menghina tapi aku khuatir aku takut suatu hari nanti bangsa aku ditindas dibumi sendiri. Alhamdulilah sedikit demi sedikit dapat lihat pembahruan dalam kalangan bangsa aku. Semua ini atas dasar kerajaan. Terima kasih. Aku jarang sentuh isu politik ini tapi malam ini aku na tulis sebab aku tertengok rancangan tv 1 Wacana Nasional.

Aku tertarik kerana aku pun orang muda dan aku pun mahasiswa. Antara pembangkang dan kerajaan ada pro dan kontra. Masing-masing ada kekuatan dan penyokong sendiri. Hari ini aku rasa golongan mahasiswa bijak dalam bab politik pemikiran mereka sangat mengagumkan bila bercakap hal politik. Ini semua zaman internet aku sendiri nampak benda itu berlaku bukan di alam maya sahaja tapi di sekeliling aku.  Mereka ada parti kesukaan masing-masing.

Aku? oh undi aku adalah rahsia..hihi. Disekeliling aku ramai penyokong pembangkang. Bila dengar hujah mereka pasal politik aku jadi nak termuntah banyak sangat fakta dan kelemahan kerajaan yang mereka dapat kesan sampaikan PRU pun jadi bahan wacana. Hujah - hujah mereka dashyat. Knowledge mereka sangat mengagumkan mereka banyak membaca mendengar dakyah politik dan melayari internet. Kalau aku jumpa kumpulan penyokong kerajaan pula mereka lebih fikirkan strategi untuk memajukan diri dan berjayakan diri supaya dapat memajukan negara setaraf dengan global. Lihat sangat urbannya malaysia sekarang.

Okeylah aku nak tidur malaslah bicara pasal politik kalau aku cakap nanti sudah tentu aku kalah sebab knowldege aku kurang. Aku kena banyak membaca ini alahai aku kena banyak membaca tentang perkembangan negara aku. Salah aku juga orang sastera suka sangat membaca karya puisi sampai hal-hal politik aku jadi kurang knowledge. 

p/s: Hebatlah kau Alex kaulah  knowledge pasal politik aku xley na ckp ap2.....aku pun na jd cm kau hihi..


No comments:

Post a Comment